WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 19 Oktober - Bertempat di Auditorium Al-Ghazali, Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah berlangsung Diskusi Faraid yang telah dijayakan oleh 3 orang penceramah iaitu: Puan Adawiah Binti Lias, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Dr. Mohd Zamro bin Muda, Pensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuan Shamsuddin bin Kadir, Consultant Ultra Mind Resources.

Tidak dapat dinafikan, persediaan pengurusan harta pusaka semasa hidup atau selepas berlakunya kematian merupakan aspek yang penting untuk diuruskan oelh kita. Ironinya apabila berlaku kematian, perkara tersebut perlu dititik beratkan.

Fakta menunjukkan bahawa terdapat sejumlah harta peninggalan si mati yang bernilai jutaan ringgit terabai dan tidak diuruskan secara baik. Hal ini turut menyumbang kepada lambakan harta pusaka yang tidak bernilai dan bermanfaat kepada ahli keluarga atau waris. Harta pusaka yang tidak diuruskan secara baik ini turut dilihat sebagai tidak mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, terdapat isu-isu penipuan harta pusaka yang sering dibangkitkan di media massa yang merupakan indikasi tahap kesedaran yang rendah dalam memahami akan kepentingan pengurusan harta termasuk harta pusaka.

Oleh itu, Institut Latihan Islam Malaysia telah mangambil inisiatif dengan menganjurkan Diskusi Faraid bagi merungkai ilmu-limu berkaitan faraid yang telah dihadiri oleh seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai agensi dan turut dihadiri oleh masyarakat setempat. Antara objektif diskusi adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para peserta tentang kepentingan ilmu faraid, mengenali ahli waris yang berhak , kaedah pengiraan dan teknik berkaitan bicara khutbah faraid dalam keluarga. Diharapkan dengan adanya pendedahan ilmu ini dapat meningkatkanl lagi kesedaran semua untuk mengurus harta semasa hidup lagi dan mengelakkan berlakunya harta yang terabai dan tidak diuruskan dengan baik dalam masyarakat Islam.