WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Oktober - Kunjungan Hormat Yang Mulia Tuan Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negeri Brunei Darussalam pada pagi ini ke Institut Latihan Islam Malaysia untuk membina hubungan dua hala memfokuskan pemerkasaan kualiti kursus/ latihan ke arah yang lebih efisyen dan dinamik.

Pertemuan ini juga memfokuskan pengurusan pelaksanaan program latihan untuk memenuhi keperluan mengendalikan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam bagi melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini terus cemerlang.

Hadir bersama Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras, Encik Mohd Nazri Abdul Majid.

Delegasi ini juga turut dibawa melawat Galeri falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri, Falak Competency Training Center (FALCOM).  Galeri yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual. Replika al-Mizwalah (Jam Matahari) menggunakan ketepatan kedudukan geografi ILIM menampilkan pelbagai fungsi yang menarik seperti penentuan waktu dalam melaksanakan ibadah dan penentuan arah kiblat serta takwim buruj sebagai panduan dalam mengetahui perubahan musim.

Semoga pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan perkhidmatan awam.