WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Oktober— Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengadakan kunjungan hormat ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Pertemuan ini bertujuan mengeratkan hubungan baik antara SUHAKAM dan ILIM terutama dalam aspek pembangunan latihan menggunakan modul hal ehwal Islam yang telah dibangunkan oleh ILIM ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan di Malaysia.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Siti Altaf Deviyati Ismail, Setiausaha Suhakam. Hadir bersama Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal.

Semoga pertemuan ini dapat  memperkasakan lagi kualiti kursus / latihan ke arah yang lebih efisyen dan dinamik dalam membangunkan modal insan di Malaysia.

Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/