WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI 12 Oktober 2023 – Seramai 38 orang pegawai daripada pelbagai skim di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyertai Kursus Penyediaan Dokumen Rasmi Kerajaan (Memorandum/ Kertas Kerja/ Laporan) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2023. Kursus ini telah dianjurkan oleh Seksyen Kompetensi Generik, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi.

Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Dalam ucapan perasmian beliau telah menekankan kepentingan penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam penulisan agar dapat memberikan nilai tambah kepada para pegawai dalam melaksanakan urusan seharian.

Kursus ini bermatlamat antara lain untuk membolehkan para pegawai mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen rasmi yang berkualiti berdasarkan tatabahasa bahasa Melayu yang standard dan meningkatkan kefahaman para pegawai di JAKIM mengenai kaedah dan tatacara penyediaan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri dengan lebih mendalam. Selain itu, kursus ini juga mempunyai objektif untuk memastikan format penulisan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri yang digunakan oleh semua pegawai di JAKIM adalah selari dengan standard yang ditetapkan.

Seramai 3 orang penceramah yang berpengalaman luas telah dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman iaitu π–Έπ–‘π—‹π—Œ. 𝖣𝗋. 𝖹𝖺𝗇𝖺𝗋𝗂𝖺𝗁 𝖻𝗂𝗇𝗍𝗂 𝖨𝖻𝗋𝖺𝗁𝗂𝗆, Munsyi Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) daripada π–―π—Žπ—Œπ–Ίπ— π–―π–Ύπ—†π–»π–Ίπ—‡π—€π—Žπ—‡π–Ίπ—‡ 𝖫𝖺𝗍𝗂𝗁𝖺𝗇, π–¨π—‡π—Œπ—π—‚π—π—Žπ— 𝖯𝖾𝗇𝖽𝗂𝖽𝗂𝗄𝖺𝗇 π–¦π—Žπ—‹π—Ž π–¬π–Ίπ—…π–Ίπ—’π—Œπ—‚π–Ί (𝖨𝖯𝖦𝖬) π–ͺ𝖾𝗆𝖾𝗇𝗍𝖾𝗋𝗂𝖺𝗇 𝖯𝖾𝗇𝖽𝗂𝖽𝗂𝗄𝖺𝗇 π–¬π–Ίπ—…π–Ίπ—’π—Œπ—‚π–Ί, manakala π–Έπ–‘π—‹π—Œ. Puan Nurul Hafizah Hisamuddin dan YBrs. Puan Labibah binti Mohamad Sharkawi daripada 𝖑𝖺𝗁𝖺𝗀𝗂𝖺𝗇 π–ͺ𝖺𝖻𝗂𝗇𝖾𝗍, 𝖯𝖾𝗋𝗅𝖾𝗆𝖻𝖺𝗀𝖺𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 π–―π–Ύπ—‹π—π—Žπ–»π—Žπ—‡π—€π–Ίπ—‡ 𝖠𝗇𝗍𝖺𝗋𝖺 π–ͺ𝖾𝗋𝖺𝗃𝖺𝖺𝗇 (𝖑π–ͺ𝖯𝖯), 𝖩𝖺𝖻𝖺𝗍𝖺𝗇 𝖯𝖾𝗋𝖽𝖺𝗇𝖺 𝖬𝖾𝗇𝗍𝖾𝗋𝗂 (JPM).

Para penceramah telah memberikan pendedahan mengenai penyediaan dokumen rasmi yang berkualiti dan kesilapan yang sering dilakukan, meningkatkan kemahiran mutu penggunaan bahasa dalam penulisan dokumen dan surat rasmi dan memandu peserta tentang pelbagai kaedah dalam penulisan dokumen rasmi termasuk Memorandum dan Nota Jemaah Menteri. Diharapkan semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

Β