WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 12 Oktober 2023 – Dalam era globalisasi yang semakin canggih dengan teknologi yang berkembang pesat, karya klasik dalam ilmu usul fiqh sedang mengalami transformasi seiring dengan peredaran zaman. Para cendikiawan agama dan pakar teknologi kini bekerjasama untuk membawa ilmu usul fiqh ke dalam dunia digital untuk memastikan khazanah ilmu ini terus releven pada zaman ini.

Kursus Tafaqquh Kitab Turath Usul Fiqh (Al-Waraqat) dalam Aplikasi Semasa merupakan kursus yang dianjurkan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Islam (R&D), Program Teras telah berjaya dilaksanakan pada 10 dan 11 Oktober 2023 bertempat di Bilik Al-Khawarizmi, Blok Akademik B. Objektif utama perlaksanaannya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai hal ehwal Islam JAKIM, MAIN, JAIN dan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) mengenai kemahiran membaca, memahami dan mengaplikasi kaedah-kaedah usul fiqh dalam mendepani isu semasa berdasarkan kitab al-Waraqat karya Imam al-Haramain ‘Abd al-Malik ibn Yusuf al-Juwaini al-Shafii.

Panel penceramah yang ditampilkan sepanjang kursus berlangsung ialah YBrs. Dr. Mohammad Zaini bin Yahaya merupakan Pensyarah Kanan dari Kluster Usul dan Fiqh, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah membincangkan 5 halaman daripada 12 halaman yang terkandung dalam Matan Al-Waraqat dan diintegrasikan dalam aplikasi semasa agar peserta kursus mampu menjalankan tugas perkhidmatan awam berasaskan prinsip usul fiqh selain menghidupkan pengamalan mempelajari karya klasik dalam era digital.