WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 8 Oktober - Seksyen Tarbiyah dan Tadribiyah , Program Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi terus menyambung membina Isyarat Munakahat dengan melaksanakan Bengkel Pembinaan Isyarat i-Sign (Munakahat) OKU Pendengaran yang diadakan di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun . Bengkel ini dihadiri seramai 35 orang terdiri daripada Panel Pakar Bidang dan Panel Pekak dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai Dr.Hj Norakyairee bin Mohd Raus dan Panel Pekak dikalangan Komuniti OKU Pendengaran. Bengkel kali ini turut dibantu oleh seorang sukarelawan dari Singapura iaitu Puan Suhaila Sulaiman selaku juru bahasa Isyarat.

Bengkel yang diadakan pada 6 hingga 8 Oktober 2023 antara lain bertujuan menwujudkan glosari bahasa isyarat Islam Munakahat  bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham sebelum boleh digunapakai oleh komuniti OKU dan masyarakat.

Sepanjang 3 hari bengkel dijalankan, sebanyak 20 isyarat telah dibina mengikut kefahaman yang mudah dan jelas. Semoga bengkel ini berjaya memenuhi objektif yang digariskan justeru memberi kemudahan kepada masyarakat khususnya komuniti OKU Pendengaran di Malaysia untuk memahami dan menguasai istilah munakahat dan penerangannya dengan penguasaan signage yang betul dan tepat.