WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 21 September 2023 - Unit Kefahaman Dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Fiqh Munakahat bertempat di Bilik Kuliah Yusuf Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 19 hingga 21 September 2023. Kursus ini melibatkan jemputan seramai 40 orang peserta penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar daerah Pantai Timur Sabah.

Melalui kursus ini, para peserta memahami tiga isu perbezaan pada susunan sesetengah wali, istilah yang digunakan, dan penetapan sesetengah wali dalam senarai. Menerangkan perbezaan dalam penetapan cucu saudara dalam senarai wali. Menjelaskan perbezaan antara negeri-negeri pada susunan antara moyang, datuk saudara dan sepupu. Di antara tajuk yang disampaikan melalui kursus ini ialah Pengenalan & Istilah Fiqh Munakahat, Nikah, Mahar & Walimatul Urus, Talak, Jenis-Jenis Perceraian dan Latihan Dalam Kumpulan.

Semoga kursus ini dapat menambahkan pengetahuan kepada para peserta dalam mendalami ilmu Syariah seterusnya dapat diaplikasikan didalam kehidupan seharian dan meningkatkan amalan melalui ibadah solat. Majlis ilmu ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil yang disampaikan oleh wakil Pengarah Kampus, Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup.