WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 21 September 2023 : Unit Kefahaman Dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Falak Syari’e bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 19 – 21 September 2023 yang lalu. Kursus ini melibatkan jemputan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada imam dan masyarakat awam di sekitar daerah Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan dan Sandakan

Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran para peserta agar menepati bacaan menurut riwayat hafs ‘an ‘asim. Meningkatkan kualiti hafazan ayat-ayat al-Quran para peserta. Melahirkan imam yang berketrampilan, profesional dan dihormati oleh masyarakat dengan kualiti bacaan al-Quran yang terbaik. Di antara tajuk yang disampaikan melalui kursus ini ialah Hukum Nun Mati Dan Tanwin, Hukum Mim Mati, Jenis-Jenis Mad, Bacaan Gharib dan Latihan Dalam Kumpulan.

Majlis penyampaian sijil dihadiri dan disampaikan oleh Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup  selaku Wakil Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM.