WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 21 September 2023 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Seksyen Al-Quran dan Hadith, Program Teras telah berjaya menganjurkan Kursus Metodologi Takhrij dan verifikasi Al-Hadith kepada 31 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) dan juga penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred . Kursus Ini telah berlangsung selama tiga (3) hari iaitu bermula pada 19 hingga 21 September 2023 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kepentingan dan metod takhrij hadith yang sistematik, membina kemahiran mentakhrij hadith secara manual dan menggunakan ICT serta mendedahkan kaedah merujuk dan berinteraksi dengan teks-teks hadith. Pelbagai tajuk yang telah dibincang dan dikupas dalam kursus ini antaranya Pengenalan ilmu takhrij al-hadith & kepentingannya dalam pengajian islam, Kaedah-kaedah Takhrij al-Hadith (Manual), Kaedah takhrij al-hadith menggunakan ICT dan practikal, Kesan pemakaian hadith dhaif dan palsu dan lain-lain. Kursus ini  menampilkan penceramah undangan yang berkepakaran dalam bidang Takhrij Al-Hadith iaitu Prof Madya  Dr. Sanusi bin Azmi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Muhammad Salman Bin Jonid daripada Universiti Malaya (UM) serta Dr. Suriani bin Sudi daripada Universiti Islam Selangor (UIS).

Semoga kursus ini dapat menjadi pencetus paradigma dan semangat kepada peserta dalam meningkatkan mutu kerja selaku penjawat awam dalam bidang hal ehwal Islam serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ummah dan negara.