WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Akhir Zaman Sedang Menghampiri !

BANGI, 21 September 2023 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Diskusi Ilmu "Kompas Insan Akhir Zaman" pada 21 September 2023 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi. Diskusi ilmu tersebut dihadiri oleh orang 373 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam serta Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia serta orang awam.

Diskusi ilmu ini diadakan bertujuan bagi menanam kefahaman mengenai suasa akhir zaman dan alam yang bakal ditempuhi selepas kehidupan duniawi. Disamping itu, objektif yang disasarkan ialah untuk menggalakkan pemikiran ukhrawi dalam setiap perkara yang dilakukan di dunia seterusnya menggerakkan tindakan bagi menghadapi akhirat.

Pelbagai tajuk yang telah dikupas antaranya ‘’Kiamat Kian Hampir’’, ‘’Kematian dan Alam Barzakh", "Hisab dan Keadilan ailahi","Neraka Tempat Tumpah Kemurkaan Tuhan" dan "Syurga Tempat Kebahagiaan Sebenar"

Diskusi ilmu ini telah menampilkan Dr. Umar bin Muhammad Noor, Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia penceramah jemputan bagi mengupas tajuk-tajuk kali ini.

Semoga diskusi ilmu ini dapat menjadi pencetus paradigma & semangat bagi peserta dalam menyampaikan menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.