WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Kampus Lahad Datu, 14 September 2023 : Unit Kefahaman Dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Falak Syari’e bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 12 – 14 September 2023 yang lalu. Kursus ini melibatkan jemputan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam, penjawat awam di sekitar daerah Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Beluran, Sandakan dan Kundasang.

Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan bidang-bidang dalam pengurusan falak syarie,  peserta juga membuat latih amal cerapan dan proses semakan arah kiblat di luar bilik kuliah Yusof Al-Qardhawi bagi memberikan pengalaman yang lebih praktikal kepada para peserta. Di antara tajuk yang disampaikan melalui kursus ini adalah Pengenalan Falak Dan Kosmologi Dalam Fiqh, Penentuan Arah Kiblat, Kaedah Penentuan Arah Kiblat, Pengenalan Dan Cara Penggunaan Alat, Kaedah Membaca Peta Dan Mendapatkan Koordinat Serta Bearing dan Proses Penandaan Arah Kiblat.

Majlis penyampaian sijil dihadiri dan disampaikan oleh Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup  selaku Wakil Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM.