WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Kampus Lahad Datu, 14 September 2023 : Unit Kefahaman Dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Fiqh Ibadah (Taharah & Solat) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 September 2023. Kursus ini melibatkan jemputan seramai 40 orang peserta penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar daerah Pantai Timur Sabah.

Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan dan pengetahuan oleh penceramah yang berpengalaman berkaitan bab taharah dan solat. Di antara tajuk yang disampaikan melalui kursus ini adalah Konsep Ibadah & Pengenalan Ilmu Fiqh dan Solat disampaikan oleh Ustaz Dzulhelmi bin Mohd Noh. Manakala slot Bersuci, Wudhuk, Mandi & Tayamum disampaikan oleh Ustaz Fadhil Noor bin Yahya. Slot Solat Berjemaah dan  Latihan Dalam Kumpulan disampaikan oleh Ustazah Hajaran binti Muharam.

Semoga kursus ini dapat menambahkan pengetahuan kepada para peserta dalam mendalami ilmu Syariah seterusnya dapat diaplikasikan didalam kehidupan seharian dan meningkatkan amalan melalui ibadah solat. Majlis ilmu ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil yang disampaikan oleh wakil Pengarah Kampus, Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup.