WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI 30 Ogos 2023 – Bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah diadakan Majlis Perasmian Penutup Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Gred S41 Siri 1/2023 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut hadir di majlis tersebut ialah YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal Pengarah Kanan ILIM dan YBrs. Puan Kamariyah binti Mokhtar Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM, para tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JAKIM dan ILIM serta seramai 82 orang peserta yang telah selesai mengikuti PEPHEI tersebut yang telah berlangsung daripada 10 Julai 2023 hingga 30 Ogos 2023.

Majlis dimulakan dengan Upacara Simbolik Penyerahan Mercu Tanda βžπ‘° 𝑳𝑢𝑽𝑬 π‘°π‘³π‘°π‘΄βž yang disumbangkan oleh peserta PEPHEI kepada YBrs. TKPO diikuti oleh ucapan daripada wakil peserta dan ucapan Perasmian oleh YBrs. TKPO.

Turut diadakan persembahan oleh para peserta PEPHEI, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka yang telah dianjurkan oleh ILIM dan acara kemuncak iaitu penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta.

Dalam ucapan perasmian, YBrs. TKPO berharap supaya para Pegawai Hal Ehwal Islam Lantikan Baharu JAKIM yang menjalani latihan ini dapat mempraktikkan nilai-nilai kerja bermutu tinggi yang telah diterapkan menerusi Modul PEPHEI yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Beliau juga berharap supaya para peserta dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab serta menjaga integriti dan etika sebagai penjawat awam setiap masa supaya hasil kerja mereka mempunyai nilai dan etika kerja yang cemerlang sekali gus menjadi kayu pengukur prestasi Perkhidmatan Hal Ehwal Islam pada masa akan datang.

Tahniah buat semua peserta yang telah berjaya menamatkan program ini.

Β