WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

30 Ogos 2023, Bandar Baru Bangi- ' Rokushin wa rooko arimas Alla, Maraika@Tenshi,Haiten@Kitaabu,Yogensha,Raise@Aahiro to Juumyou ' adalah sebahagian dari pelajaran yang dipelajari oleh peserta kursus pada kali yang bermaksud Rukun Iman terdiri dari 6 perkara iaitu percaya kepada Allah, Malaikat,Kitab,Rasul,Akhirat dan Qada'&Qadar.  Seksyen Tarbiyyah Dan Tadribiyyah Program Pembangunan Insan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Bahasa Dakwah di Bumi Sakura yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 28 hingga 30 Ogos 2023.

Antara objektif utama kursus ini adalah untuk mengenali dan menguasai kota kata Bahasa Jepun yang umum dalam interaksi sosial secara santun serta memahami sensitiviti dan pantang larang dalam dakwah kepada masyarakat Jepun. Di samping itu para peserta juga didedahkan kepada usaha-usaha dakwah kepada masyarakat Jepun, tempat-tempat yang menarik di Jepun dan makanan halal di Jepun.

Penceramah jemputan adalah seorang bekas pelajar di Jepun dan berkhidmat di Fumakila Malaysia di Pulau Pinang iaitu En.Yuhaikal Fitri bin Mohd Yunus. Beliau mempunyai pengalaman luas di negara matahari terbit dan memiliki sijil khas mengajar Bahasa Jepun. Kursus ini telah dihadiri oleh 42 orang peserta terdiri penjawat awam pelbagai jabatan dari gred 11 hingga 52.

Semoga Kursus Asas Bahasa Dakwah di Bumi Sakura pada kali memberi manfaat yang berguna kepada semua peserta dan diteruskan pada masa hadapan.