WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 30 Ogos 2023 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Seksyen Al-Quran dan Hadith, Program Teras telah berjaya menganjurkan Kursus Kelestarian Ulum Al-Hadith kepada 26 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) lantikan JAKIM Gred S44. Kursus yang dikategorikan sebagai kompetensi fungsian khusus untuk gred tersebut telah berlangsung selama tiga (3) hari iaitu bermula pada 28 hingga 30 Ogos 2023 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuhkan pengetahuan para peserta mengenai ilmu Ulum Hadith serta meningkatkan kemahiran mengaplikasikan hadith dalam penyampaian perkhidmatan dan pengurusan Hal Ehwal Islam serta membina sikap dan minda yang positif terhadap kepentingan dan relevansi hadith dalam konteks semasa selaras dengan prinsip Madani.

Pelbagai tajuk yang telah dibincang dan dikupas dalam kursus ini antaranya Tematik Ulum Al-Hadith, Aqsam Al-Hadith, Pemahaman Hadith Eskatologi Dalam Realiti Semasa, Verikasi dan Takhrij Hadith Era ICT dan lain-lain. Kursus ini menampilkan penceramah undangan yang berkepakaran dalam bidang Ulum Al-Hadith iaitu Prof Madya Dr. Sanusi bin Azmi dan Dr A Irwan Santeri Bin Doll Kawaid daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Dr. Suriani bin Sudi daripada Universiti Islam Selangor (UIS).

Semoga kursus ini dapat menjadi pencetus paradigma dan semangat kepada peserta dalam meningkatkan mutu kerja selaku penjawat awam dalam bidang hal ehwal Islam serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ummah dan negara.