WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 28 Ogos 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Program Bicara Eksekutif ILIM 2023 dengan tema: Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan Muda JAKIM di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi.

Program Bicara Eksekutif ILIM 2023 ini telah menghimpunkan sebahagian Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Gred S41 dan S44 JAKIM dari alumni Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri 1 hingga 5 bersama PHEI Gred S41 lantikan baharu JAKIM 2022.

Pengisian program Bicara Eksekutif kali ini melibatkan 2 slot iaitu Sesi Perkongsian oleh Pengarah Kanan ILIM dan Bicara Eksekutif oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Antara intipati perkongsian yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal ialah Cara Mengenali Potensi Diri, Meningkatkan Kemahiran Pemikiran Strategik, Pengurusan Diri dan Inspiring Others.

Manakala slot seterusnya adalah Bicara Eksekutif yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merangkap mantan Ketua Pengarah JAKIM.

Antara intipati perkongsian YBhg. Datoโ€™ ialah perbezaan antara Good Leader dan Great Leader: ๐˜๐˜ข๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ข ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ & ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ manakala ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ - ๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด, ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ & ๐˜ฅ๐˜ฐ ๐˜ต๐˜ฐ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ.

Turut dikongsikan kata-kata Imam Malik "ุงู„ุนู„ู… ูŠูุคู’ุชู‰ ูˆู„ุง ูŠุฃุชูŠ" yang bermaksud "Ilmu tidak mendatangi tetapi didatangi".

Diharapkan program ini mencapai objektif serta memberikan manfaat kepada semua yang hadir.