WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

25 Ogos 2023, Keningau - Seksyen Tarbiyyah Dan Tadribiyyah Pusat Pembangunan Insan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berjaya melaksanakan Kursus Pengubalan Soalan dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 24 hingga 25 Ogos 2023.

Antara objektif utama kursus ini adalah untuk menguasai jadual spesifikasi ujian (JSU) bagi menghasilkan soalan yang sesuai dengan subjek yang diajar juga menyentuh cara mengetahui aras soalan yang betul dan pembahagian markah yang adil. Disamping itu soalan yang dihasilkan mestilah berkualiti dan mampu mencapai hasil kepada pengubal soalan.

Bertempat di kampus Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) kursus ini telah dijalankan dengan sempurna dipimpin oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Prof.Ir.Ts.Dr. Nor Kamariah binti Noordin dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia yang dihadiri oleh 35 orang peserta terdiri dari warga pendidik atau Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) IPDAS. Kaedah penyampaian adalah meliputi ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDP).

Sehubungan dengan itu, pihak IPDAS Kampus Keningau ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini khususnya kepada pihak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi .

Semoga matlamat pelaksanaan kursus ini akan tercapai dan berhasil dalam pembentukan modal insan dikalangan tenaga pelajar IPDAS seterusnya kepada pelajar IPDAS yang menjadi tunggak utama negara pada masa hadapan.