WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

“Kursus yang Menarik dan Perlu Diteruskan Dalam Meningkatkan Profesionalisme Pegawai-Pegawai JAKIM dalam Kerjaya” – Peserta

BANGI, 24 Ogos 2023 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Kepemimpinan Islam Berasaskan Siasah Syar'iyyah. Berlansung selama tiga (3) hari iaitu bermula pada 22 hingga 24 Ogos 2023M bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus tersebut dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, MAIN dan JAIN dari seluruh Malaysia [Gred S41-S44].

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan Siasah Syar'iyyah dan peranannya dalam kepimpinan Islam. Disamping itu, objektif yang disasarkan ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai paradigma tauhidik dalam membentuk kepimpinan madani dan peri pentingnya perancangan strategik dari perspektif Islam.

Pelbagai tajuk yang telah dikupas antaranya ‘’Konsep Siasah Syar'iyyah dan Aplikasinya Dalam Pentadbiran Negara’’, ‘’Paradigma Tauhidik Dalam Membentuk Kepimpinan Madani’’, ‘’Perancangan Strategik Mengikut Perspektif Islam" dan lain-lain. Peserta turut diberikan pendedahan semasa sesi diskusi bual bicara dan ketika dalam pembentangan kajian-kajian kes bersama ahli kumpulan. Kursus ini juga menampilkan Prof Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah Universiti Malaya sebagai penceramah jemputan. Kursus diserikan lagi dengan tampilan istimewa dari Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal dalam pembentangan Slot berkaitan Pemikiran Strategik menurut Perspektif Islam sekaligus merasmikan penutupan majlis.

Semoga kursus ini dapat menjadi pencetus paradigma & semangat kepada pegawai-pegawai dalam meningkatkan mutu selaku penjawat awam.