WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

24 Ogos 2023 (Khamis) - Institut Latihan Islam (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Harta dan Kewangan Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM/JAIN/MAIN Agensi di bawah YB Menteri dan penjawat Awam. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 34 orang peserta.

Objektif kursus adalah untuk memberi penjelasan konsep pengurusan harta dan kewangan dan meningkatkan kefahaman kepentingan pengurusan harta dan kewangan. Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 22-24 Ogos 2023. Kursus ini telah dibimbing oleh penceramah yang berpengetahuan luas dalam ilmu pengurusan kewangan iaitu Puan Wan Esma binti Wan Ahmad dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Dr. Md. Yazid bin Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuan Ismail bin Taib dari Senior Financial Consultant-I, Tuan Abdul Razak bin Abdul Talib dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ, MAIWP), Tuan Shamsuddin Abd. Kadir dari Consultant Ultra Mind Resources.

Antara tajuk yang dibincangkan adalah merangkumi konsep harta dan pemilikan harta,  pengurusan kewangan patuh syariat, potensi industri pengurusan harta di Malaysia, produk perbankan Islam, penyucian harta melalalui zakat dan sedekah, asas dan bentuk pelaburan dan pengurusan persaraan.

Semoga kursus yang dijalankan ini dapat meningkatkan pengetahuan pegawai JAKIM dan penjawat awam dalam pengurusan kewangan  mahupun perancangan persaraan. Teknik-teknik yang dipelajari diharap akan dapat dikongsikan bersama rakan sejawatan dan sebagai agent JAKIM di luar sana.