WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KUALA KUBU BAHARU, 23 Ogos 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Darul Quran JAKIM telah berjaya melaksanakan Kursus Syarahan Interaktif dan Pembelajaran Koperatif dalam Pengurusan Pendidikan Islam yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 22 hingga 23 Ogos 2023.

Objektif kursus ini ialah untuk mendalami kemahiran dan teknik syarahan interaktif dan pembelajaran koperaktif dalam bentuk latihan dan praktikal serta menggunakan alat dan teknik yang tepat untuk melaksanakan PdP dengan berkesan bagi memastikan matlamat pembelajaran tercapai.

Kursus disampaikan oleh Dr. Nurulhuda binti Abd Rahman, mantan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yg meliputi slot-slot yg berkaitan Penyediaan Rancangan Pengajaran

Syarahan Interaktif, Teknik Kompleks JIGSAW dan Teknik Berstruktur, serta Pengaplikasian Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif kepada Seramai 30 Pemberi Pendidikan Tinggi Darul Quran JAKIM.

Semoga dengan menyertai kursus ini para peserta dapat mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktif dan efisyen khususnya dalam mendidik generasi huffaz negara bagi membentuk anak bangsa yang lebih berintelektual