WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Besut: 22 Ogos 2023 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Semakan Instrumen Standard Kualiti Pengurusan Pusat-Pusat Latihan pada 22-23 Ogos 2023 bersamaan 5-6 Safar 1445H di Dewan Seminar al-Ghazali, ILIM Kampus Besut, Terengganu.

Standard Kualiti Pengurusan Pusat-pusat Latihan (SKPPL) ini merupakan suatu standard yang akan menilai pusat-pusat latihan bagi mencapai objektif penubuhan dan pengurusan dalam menjalankan sesuatu kursus latihan.

Antara objektif utama bengkel pada kali ini :

  1. i) Menyemak dan menilai semula kewajaran elemen instrumen penilaian SKPPL.
  2. ii) Memastikan instrumen penilaian bersesuaian dengan keadaan semasa dan mampu dilaksanakan.

iii) Menyeragamkan instrumen penilaian di semua Pusat-pusat Latihan JAKIM.

Bengkel yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Norsafina binti Zainal Pengarah Kanan ILIM, turut dihadiri YBhg. Dato’ Razali bin Shahabudin, Dr. Nordin bin Ahmad,Puan Zaizurina binti Mansor Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar Latihan, Puan Adawiah binti Lias Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Ketua-ketua Penolong Pengarah ILIM, Pengarah-pengarah kampus Cawangan, pegawai-pegawai ILIM Kampus Besut.