WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 18 Ogos - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia, Puan Nor Safina Zainal telah menyampaikan amanat pada perhimpunan kali keempat tahun 2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi pagi tadi.

Hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi.

Perhimpunan ini diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bertemakan “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” yang bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.