WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, I 18 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang diketuai oleh Puan Noraishah Pungut hari ini bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi berkaitan kursus yang menjurus kepada pembangunan modal insan.

Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM hadir mempengerusikan sesi pertemuan ini. Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/