WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 17 Ogos 2023 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus Metodologi Street Dakwah bermula pada 15 Ogos hingga 17 Ogos 2023 bertempat di Bilik Kuliah Qadir Al-Jailani, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus tersebut dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam serta Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia.

Kursus ini diadakan bertujuan bagi menanam kesedaran mengenai keperluan menyampaikan dakwah kepada segenap lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa. Disamping itu, objektif yang disasarkan ialah untuk memberi kefahaman mengenai konsep, prinsip dan amalan menyampaikan dakwah masa kini khususnya di tempat terbuka dan meningkatkan kemahiran dan teknik dakwah yang berkesan melalui kaedah ASARA-PK.

Pelbagai tajuk yang telah dikupas antaranya ‘’Wake Up Call Street Dakwah’’, ‘’Personaliti Dan Kemahiran Dakwah Di Lapangan’’, ‘’Karenah dan Cabaran Street Dakwah","Teknik Dakwah ASARA-PK" dan lain-lain. Peserta turut diberi pendedahan melalui tugasan menyampaikan dakwah kepada masyarakat awam secara praktikal. Kursus ini juga menampilkan Tn Hj Noli bin Husain, Pengarah Outreach Hidayah Centre Foundation sebagai penceramah jemputan.

Alhamdulillah melalui kursus ini, dengan ikhlas dan rela hati, 2 orang telah melafazkan syahadah, kembali kepada fitrah. Semoga kursus ini dapat menjadi pencetus paradigma & semangat bagi peserta dalam menyampaikan dakwah demi manfaat kepada umat sejagat.