WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bandar Baru Bangi – 17 Ogos 2023

Seramai 44 orang peserta yang terdiri dalam kalangan pegawai rundingcara kekeluargaan Islam dan kaunselor telah mengikuti Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syaríe dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam (Tahap Pertengahan 2) di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi selama 4 hari yang bermula 14 hingga 17 Ogos 2023. Kursus ini merupakan program anjuran bersama Seksyen Siasah Syar'iyyah di bawah Program Pembangunan Insan (PPI) ILIM Kampus Utama Bangi dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Secara umumnya kursus ini diadakan bagi memberi pengetahuan tentang kaunseling syar’ie dan pengurusan rundingcara kekeluargaan di samping meningkatkan kemahiran peserta untuk mengaplikasikan teknik-teknik kaunseling serta mampu mengendalikan sesi rundingcara kekeluargaan Islam dengan lebih berkesan.

Siri kali ini, barisan penceramah jemputan ialah YBrs. Dr. Siti Suhaila bt Arsad (JHEAIPP), YBrs. Dr. Alyasak bin Berhan (JHEAINS), Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud (JKSNNS), Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar (JKSM), Puan Siti Nur Ain bt Md. Johari (JWP) dan YBrs. Dr. Suhaizad bin Saifudin (UKM).

Antara topik yang dikongsikan ialah berkaitan pengurusan emosi personel, konflik rumahtangga dan penyelesaiannya berdasarkan kaunseling syar’ie, hadhanah menurut undang-undang keluarga Islam, hak dan tanggungjawab selepas perceraian, nafkah anak menurut undang-undang keluarga Islam, pengurusan keganasan rumahtangga, pengenalan Jawatankuasa pendamai dan pengurusan kes mal di mahkamah.

Kursus ini merupakan platform yang cukup baik kepada para peserta untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai nilai tambah dalam perkhidmatan mereka khususnya sebagai pegawai runding cara dan kaunselor. Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/