WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 27 Julai 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Kemahiran Jawi & Khat pada 25 hingga 27 Julai 2023 iaitu pada hari selasa hingga khamis bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. 

Objektif utama kursus adalah memberi pendedahan mengenai aspek pengejaan, penulisan dan pembacaan tulisan jawi. Menimbulkan kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan tulisan jawi berasaskan seni khat. Memperkenalkan teknik dan kaedah penulisan khat yang berkualiti dan memberi bimbingan dalam mengaplikasikan ejaan jawi baru dengan betul.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Guru KAFA telah mengikuti program berkenaan daripada daerah Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Sandakan, Tongod, Telupid, Beluran, Kunak, Semporna dan Tawau.

Penceramah yang dijemput bagi menjayakan kursus ini ialah Ustazah Amnah binti Purungan @ Purongan, Guru Pendidikan Islam SK Lahad Datu II, Ustaz Ismail bin Chacho, Ahli Persatuan Seni Khat Sabah, Tawau dan Ustazah Ruhainah binti Radin, Guru Pendidikan Islam MRSM Tun Mustapha Tawau. Mereka merupakan penceramah yang mempunyai banyak pengalaman dalam kemahiran jawi dan khat.

Para peserta telah memberikan maklumbalas yang sangat baik dan mengharapkan agar kursus ini diteruskan dari semasa ke semasa. Semoga peserta dapat menguasai kursus ini dengan baik. Para peserta juga telah diberikan sijil penyertaan pada penghujung kursus yang diadakan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus.