WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 27 Julai 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Ílaj Syari’e pada 25 hingga 27 Julai 2023 iaitu pada hari selasa hingga khamis bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 40 orang yang terdiri daripada PHEI, Imam dan Masyarakat Awam telah mengikuti program berkenaan daripada daerah Lahad Datu dan Tungku.

Objektif utama kursus adalah memberi pendedahan kepada para peserta tentang konsep perubatan menurut syarak. Menambahkan ilmu dan kefahaman berkenaan pelbagai penyakit rohani dan jasmani, punca-puncanya serta kesannya kepada manusia. Mengenali dengan lebih mendalam berkenaan permasalahan sihir, saka, santau, penyakit rohani dan kaedah merawatnya.

Pelbagai slot menarik dan praktikal amalan mua’lij dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Abd Halim bin Zakaria, Pengerusi Persatuan 'Ilaj Syar'ie. Antaranya ialah Konsep Asas ÍIaj Syifa’, Pendekatan Ílaj Syarie, Kaedah & Pendekatan Rawatan Menurut Syarak, Jenis Gangguan & Penyakit Yang Disebabkan Oleh Makhluk Halus,  Perbincangan Tentang Makhluk Halus, Kemahiran Asas Ílaj dan Ikhtiar Kesembuhan Penyakit, Antara Ujian & Bala.

Kursus ini diakhiri dengan pengijazahan ilmu ‘Ilaj Syar’ie daripada Ustaz Abd Halim bin Zakaria kepada semua peserta. Majlis penyampaian sijil dan penutupan dirasmikan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim, Pengarah Kampus  ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM dan sesi bergambar bersama peserta.