WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan Kerjasama Unit Komunikasi Korporat JAKIM (UKK) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Imej Korporat JAKIM kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM. Program yang melibatkan seramai 35 orang peserta daripada JAKIM ini diadakan pada 25 hingga 26 Julai 2023 (Selasa-Rabu) bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, Ilim Kampus Utama Bangi. Kursus ini diadakan bertujuan mencapai objektif seperti berikut;

  • Meningkatkan pengetahuan tentang konsep keterampilan diri dan imej berkesan untuk organisasi.
  • Memberikan pendedahan kepada peserta tentang budaya korporat dan profesionalisme dalam organisasi.
  • Meningkatkan keyakinan diri, personaliti dan potensi diri sebagai pekerja yang bernilai kepada sesebuah organisasi

Kursus ini telah dikendalikan oleh Datin Fazmi Amyza binti Abdul Sani dan Puan Muna Izzah binti Fadzil. Kandungan Kursus ini memberi penekanan kepada para peserta mengenai Penampilan Diri Mengikut Etika Pemakaian, Imej Korporat dalam Diri dan Organisasi serta Pembentukan Imej Korporat Jabatan.  

Personaliti dan imej yang profesional penting kerana ia mempengaruhi persepsi pelanggan dan budaya korporat jabatan. Imej korporat yang baik juga memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan positif dengan masyarakat, pihak berkepentingan dan rakan sekerja.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memberi kesedaran dan panduan kepada pegawai-pegawai JAKIM untuk meningkatkan potensi, imej, keterampilan dan personaliti diri seterusnya dapat menaikkan imej korporat jabatan.