WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 Julai 2023- 'Persepsi awal saya agak sukar untuk belajar Bahasa Tamil,setelah melalui latihan demi latihan dalam kelas timbul rasa sangat cinta dan rasa ingin menyambung pengajian bahasa tamil ke peringkat lebih tinggi'-Ustazah Normi dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) ,itu adalah ungkapan salah seorang peserta yang menyertai Kursus Asas Bahasa Dakwah Seindah Taj Mahal pada kali ini.

Kursus ini berjalan selama 3 hari bermula dari 24 Julai 2023 hingga 26 Julai 2023 dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nasrul Haq bin Abdul Latif (Pegawai Tadbir Masjid India Kuala Lumpur) dan dibantu oleh Ustaz Abdul Latif Sataharan bin Abdullah (Presiden Al-Hidayah) serta Tuan Chandru Manugaran (Jurulatih HD CORP) manakala peserta pula terdiri dari pelbagai jabatan dalam perkhidmatan awam gred 19 hingga 41.

Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai barisan hadapan perkhidmatan awam yang tidak mempunyai asas dalam bahasa Tamil untuk menambah keupayaan dalam bahasa tersebut dalam usaha penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih inklusif.

Diantara objektif  kursus ini adalah meningkatkan pengetahuan peserta tentang pengenalan asas bahasa tamil (pertuturan dan penulisan) dan istilah-istilah harian yang biasa digunapakai serta memberi pendedahan kepada peserta tentang budaya dan sensitiviti masyarakat India terutama di Malaysia. Disamping itu juga kursus ini memberi pendedahan kepada usaha-usaha dakwah terhadap masyarakat India di Malaysia.

Semoga semua peserta mendapat manfaat dari kursus yang dijalankan ini dan mempraktikkan perbualan yang dipelajari di luar sana.