WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 25 JULAI 2023 – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tuan Haji Ahmad Fuad Apandi bersama pegawai kanan dari Sektor Pengurusan JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat yang disambut baik oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal di ILIM Kampus Utama, Bangi.

Kunjungan hormat ini juga adalah sebagai lawatan muhibah serta mendengar isu-isu dan perkara yang ingin dibangkitkan oleh Pusat Tanggunjawab (PTJ) merangkumi isu-isu seperti pengurusan dan kewangan.  Selain itu juga, ia adalah sesi perkongsian maklumat-maklumat terkini dan penyelarasan pengurusan oleh JAKIM bersama pihak PTJ di bawah JAKIM.

Bersempena kunjungan hormat ini juga, Tuan Haji Ahmad Fuad turut melawat Galeri Falak yang sedang dalam proses pengubahsuaian melengkapkan ruang tersebut sebagai salah satu platform pendidikan tentang pentingnya ilmu falak.