WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 20 Julai 2023 – Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Imam Al-Syafi’i, KUIS bagi memenuhi Takwim Perpustakaan yang telah dirancang.

Puan Hajah Noorlia binti Ramli selaku Ketua Pustakawan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah sama-sama turut serta dalam sesi lawatan ini. Lawatan penanda aras ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara Perpustakaan Imam Al-Syafi’i dan Perpustakaan ILIM dalam bidang kepustakawanan.

Disamping itu, lawatan penanda aras ini menjadi medium untuk saling bertukar pandangan terhadap hala tuju Perpustakaan Gunasama dan Perpustakaan Akademik serta penambahbaikan kepada perkhidmatan Perpustakaan ILIM untuk warga kerja Institut Latihan Islam Malaysia serta JAKIM.