WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Melaka, 20 Julai: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penuh ucapan ta'zim di atas kesudian Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka menerima kunjungan Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan baharu JAKIM dalam acara Pendidikan Latihan Falak di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Melaka sempena Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islan Gred S41 Siri 1/2023.

Program yang melibatkan pegawai seramai 80 orang ini bertujuan antara lain adalah untuk memberi pengetahuan  kepada peserta berkaitan dengan ilmu falak selain pendedahan berkaitan  teknologi dan peralatan falak.

Program ini telah diketuai oleh Encik Zulkifli bin Tukiman selaku Ketua delegasi turut diserikan dengan kehadiran Sohibus Samahah Tuan Hj Hazarudin bin Baharu din, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka selaku wakil kepada Sohibus Samahah Datuk Mufti Kerajaan Negeri Melaka, para pegawai Daripada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta barisan urus setia daripada Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi.

Semoga pendidikan Latihan falak dan lawatan ini dapat meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak dan memperkukuhkan profesionalisme peserta dalam mendokong agenda perkhidmatan hal ehwal Islam khususnya dalam bidang berkaitan ilmu falak. Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/.