Johor Bharu, 20 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penuh ucapan ta'zim di atas kesudian institusi agama Negeri Johor Darul Ta'zim menerima kunjungan Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan baharu JAKIM dalam acara Corporate Visit ke Institusi Agama Negeri Johor Darul Ta'zim sempena Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islan Gred S41 Siri 1/2023.
Objektif program ini dilaksanakan antara lain adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan fungsi dan peranan Institusi agama negeri dalam pengurusan dan tatakelola perkhidmatan Hal Ehwal Islam di negeri Johor Darul Ta'zim khususnya.
Sesi Corporate Visit ini telah dihoskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor selain taklimat yang turut melibatkan penyampaian pembentangan oleh agensi-agensi agama di negeri Johor Darul Ta'zim Iaitu Jabatan Mufti Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor serta sesi soal jawab bersama peserta .
Program yang melibatkan seramai 80 orang peserta ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Hj. Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Sohibus Samahah YB Dato'Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor, YA Tuan Hj Zulfahmi bin Bunaim (JKSM) Tuan Hj Zulkefly bin Mohamed (KPP Bah. Penguatkuasa JAINJ), Ust Mohd Azri bin Esa (MAINJ) dan Puan Norah binti Ali (JPSNJ)
Semoga Corporate Visit ini dapat meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak dan memperkukuhkan profesionalisme peserta dalam mendokong agenda perkhidmatan hal ehwal Islam. Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/.