WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lawas Sarawak, 20 Julai 2023- Awal Muharram atau Ma'al Hijrah merupakan salah satu peristiwa yang penting bagi umat Islam kerana padanya tercatatnya sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Mengimbas kisah tersebut, pada 19 Julai 2023, Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM dengan kerjasama S.K Agama (MIS) Lawas telah berkolaborasi untuk mengadakan Forum Ma'al Hijrah yang dihadiri lebih kurang 150 orang peserta yang terdiri daripada Ibu bapa, guru dan pelajar.

IKL telah menampilkan tiga orang ahli panel iaitu al-Fadhil Ustaz Mohamad Khairul Dhamiri bin Romli dan Ustazah Noorhamiza binti Hamadi yang merupakan guru di KPM Sabah dan Sarawak. Manakala moderator majlis dikendalikan oleh Ustaz Mohd Farhan Izzat bin Saptu Guru KAFA Daerah Lawas.

Pengarah Kampus Lawas, Ustaz Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi turut hadir pada forum tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Sawal bin Pandin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Lawas.