WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi | 20 Julai 2023 - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ,Puan Nor Safina Zainal, telah menerima kunjungan hormat dari Unit Integriti, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Puan Salwa Muharam, Ketua Unit Integriti, KPKM bersama pegawai-pegawai dari KPKM.

Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan input serta pandangan ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan berpacukan latihan Islam ke atas sektor awam di Malaysia. Kunjung hormat ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama antara kedua pihak dalam usaha meningkatkan integriti di sektor awam bagi membentuk penjawat awam yang berwibawa.