WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

LAWAS, 16 Julai –Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, JAKIM melalui Unit Pengurusan Islam telah berjaya mengadakan TOT Asas Tajwid Daerah Lawas bagi Siri 1 pada 15 hingga 16 Jun 2023.  Program yang disertai seramai 50 orang peserta dari Daerah Lawas ini adalah bertujuan untuk memantapkan penguasaan Guru Kafa berkaitan hukum tajwid dan kaedah pembacaan al-Quran secara tarannum.

Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Sipitang, Sabah iaitu Encik Mohd Hafiz Batu Bara bin Manshuruddin dan dari Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Lawas iaitu Puan Shahira Nabihah binti Kamsani dan Puan Najwa binti Ramli. Sepanjang dua hari kursus ini dilaksanakan peserta telah didedahkan berkaitan pengenalan teori dan praktikal makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun mati dan tanwin serta hukum mim mati.

Perasmian program pada kali ini telah disempurnakan oleh Tuan Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi, Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lawas, JAKIM.