WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lawas, 14 Julai 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kuliah Fitrah Siri 3 pada 14 Julai 2023 bertempat di ILIM Kampus Lawas yang menyasarkan 20 peserta dari kalangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Daerah Lawas dan kakitangan syarikat swasta.

Perkongsian dalam kuliah fitrah kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohammad Ikram bin Jamil, Pendakwah Bebas. Tajuk yang telah disampaikan oleh penceramah pada sesi kali ini adalah “Keberkatan Dalam Kehidupan“

Sesi kuliah fitrah juga telah dihadiri oleh Y.Bhg Ustaz Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi, Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lawas. Semoga dengan program bersiri sebegini akan dapat memberikan nilai tambah kerohanian kepada peserta dalam menempuh kehidupan sebagai hamba-NYA.