WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Julai  - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Kursus Kepenggunaan Halal (Halal Consumerisme Course) bermula  pada 11 hingga 13 Julai 2023.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta terbuka yang terdiri daripada Pegawai di Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan turut disertai oleh tenaga pengajar daripada IPTA dan IPTS serta lain - lain Jabatan Kerajaan.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan peserta tentang kepenggunaan halal. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan  kemahiran dan keyakinan peserta kursus  dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan pengurusan halal juga mengenai konsep pengurusan halal Malaysia.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dikendalikan oleh  Dr.Lokman bin Ab.Rahman, Encik Shahriman bin Ali Pitchay , Encik Mohamad Samir bin Sulaiman, Puan Asiah AlKarib Shah,Puan Nur Aniqah Muhamad Amin dan Puan Maryanti@Mardhiyyah binti Abd Malik dari KPDN.

Perkara-perkara penting yang telah diberi penekanan ialah berkaitan prinsip syariah dalam industri halal, konsep kepenggunaan serta program jaminan keselamatan makanan dan lain lain yang berkaitan. Semoga kursus yang dijalankan berupaya meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pegawai serta peserta dalam kepenggunaan halal Malaysia.