WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bandar Baru Bangi, 13 JULAI 2023 - Seramai 44 orang peserta dalam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Kader JAKIM di Kementerian, JAIN, MAIN yang terdiri dalam kalangan pegawai rundingcara kekeluargaan Islam telah mengikuti Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syaríe dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam (Tahap Pertengahan 1).

Objektif kursus ini antara lain adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan aplikasi prinsip usul fiqh dalam kaunseling syar’ie dan perkara-perkara berkaitan nusyuz, syiqaq dan pembubaran perkahwinan.

Kursus bermodul yang berlangsung selama 4 hari ini adalah anjuran bersama Seksyen Siasah Syar'iyyah di bawah Program Pembangunan Insan (PPI), ILIM Kampus Utama Bangi dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM menampilkan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Encik Mohd Syukri bin Kamis (Kaunselor Berdaftar), YM Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan(JHEAINS), Dr. Hj. Md. Noor bin Saper, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Alyasak bin Berhan (JHEAINS) dan Dr. Suhaizad bin Saifudin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik di sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu yang telah dikongsikan oleh semua penceramah dapat difahami dan mampu diaplikasikan terutama dalam tugasan sebagai pegawai rundingcara. Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/.