WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 Julai 2023 – Seksyen Al-Quran dan Hadis, Program Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Diskusi Tadabbur Al-Quran Membina Jiwa Tauhidik Dalam Perkhidmatan Awam. Diskusi ini telah berlangsung selama satu hari iaitu pada 12 Julai 2023 di Dewan Dato’ Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi.
 
Objektif diskusi ini ialah bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada peserta tentang Al-Quran sebagai asas pembentukan sahsiah melalui jiwa tauhidik disamping memberi pendedahan dan penghayatan kepada peserta tentang Al-Quran sebagai etos kerja cemerlang berpaksikan penghayatan tauhid dalam perkhidmatan.
 
Seramai 80 orang peserta telah menghadiri diskusi ini yang terdiri daripada penjawat awam pelbagai gred dan skim perkhidmatan dari pelbagai agensi/jabatan peringkat persekutuan dan negeri seluruh Malaysia. Kebanyakan peserta memberi respon yang sangat positif semasa pembelajaran dan memberi komitmen penuh semasa program berjalan.
 
Penceramah yang diundang bagi menyampaikan ceramah dan membimbing para peserta dalam diskusi ini ialah YBhg. Tuan Syahmi Syazeril bin Azmi dari CEO Tadabbur Centre, Bangi yang sangat berpengalaman dalam bidang Tadabbur Al-Quran. Semoga dengan terlaksananya diskusi ini diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada para peserta dalam peranan Tadabbur Al-Quran membina jiwa tauhidik dalam perkhidmatan awam.