WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 11 JULAI: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran ILIM pada jam 2.30 petang. JKM telah diketuai oleh YBrs. Dr. Sopian Brahim. Pengarah, Bahagian Kanak-Kanak, JKM dan Puan Rosnah Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam di JKM. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Antara intipati perjumpaan ini ialah perbincangan mengenai hubungan strategik ILIM - JKM berkaitan penganjuran Program Khalifah Junior oleh JKM di ILIM.