Lahad Datu, 18 Mei 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Profesionalisme Imam pada 16 hingga 18 Mei 2023 bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, ILIM Kampus Lahad Datu. Kursus ini dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam lantikan JHEAINS dan masyarakat awam dari setiap daerah di Pantai Timur Sabah.
Objektif utama ialah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai tugas dan tanggungjawab seorang imam dalam aspek pengurusan masjid dan kemasyarakatan, meningkatkan sahsiah dan keterampilan diri imam sebagai teladan (qudwah hasanah) dan melahirkan imam yang profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Antara pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini ialah Konsep Imam Menurut Perspektif Islam, Etika, Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Imam, Penghayatan Tauhidik, Akidah, Fiqh Dan Tasawuf disampaikan oleh Ustaz Azman bin Latip, Pegawai Penyelaras Masjid, JHEAINS Daerah Kunak. En. Lajarudi bin Lajahidi menyampaikan Ice Breaking Dan Pengucapan Awam. Ustaz Norisham bin Awang daripada Pegawai JHEAINS Daerah Tungku menyampaikan ceramah Tahsin Qiraah Al-Quran, Pengurusan Masjid Dan Komuniti. Manakala Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup mengendalikan slot Projek Komuniti. Majlis penutupan disampaikan oleh Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup selaku Wakil Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Kursus berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian sijil.