Bangi , 9 Mei 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Stres Islami kepada Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan JAKIM,JAIN,MAIN, agensi di bawah YB Menteri dan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan kementerian.
Seramai 164 peserta telah hadir mengikuti program ini. Objektif program seminar ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai definisi stres, punca-punca tekanan dalam diri dan mengenalpasti tanda-tandanya. Seterusnya, objektif lain seminar ini juga adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan jenis, tahap dan kaedah menghadapi, mengurus dan menangani stres berdasarkan pendekatan Islam dan ilmu psikologi.
Dalam program seminar tersebut, peserta telah memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fadhli bin Ahmat, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan yang kedua Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi, Pengarah Urusan (CEO) di Tadabbur Centre Sdn. Bhd.
Antara pengisian dan slot yang berlangsung selama sehari ini ialah mengenal diri: mengenal hakikat manusia, Inventori stres dan Pendekatan Islam Mengurus Stres, Ilmu dan Amalan Kerohanian.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/