WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 7-9 Mac 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Asas Bahasa Dakwah kepada Setiausaha Pejabat yang melibatkan seramai 22 orang Setiausaha Pejabat di bawah JAKIM, Agensi Yang Berhormat Menteri (Hal Ehwal Agama) serta dari pelbagai kementerian kerajaan lain.

Kursus yang diadakan selama 3 hari ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penggunaan bahasa dakwah dengan betul dan tepat yang meliputi Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Isyarat mengikut kesesuaian tempat dan situasi.

Kursus ini disampaikan oleh tiga Pensyarah Bahasa yang berpengalaman luas dalam melaksanakan latihan kepada jabatan/ agensi kerajaan dan swasta iaitu YM Puan Raja Zaida Raja Ahmad Kamar, Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam, Dr. Noorazi Rani, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa serta YBrs. Dr. Norakyairee Mohd Raus, Pengarah, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia.

Antara aspek yang diberi penekanan dalam kursus ini adalah berkaitan Pronunciation, Common Expressions in English, Penerangan Perkataan Bahasa Arab berkaitan Ta’aruf, Penyebutan Perkataan Perbualan Harian dalam Bahasa Arab, Dunia OKU serta Asas Bahasa Isyarat. Penguasaan bahasa dakwah yang baik perlu diterapkan dalam setiap peserta supaya dapat menghasilkan kaedah komunikasi dua hala yang tepat serta efektif dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan input yang berguna serta memberi manfaat yang besar dalam pembentukan kemahiran individu seterusnya mempelbagaikan nilai tambah dalam diri khususnya kepada setiausaha pejabat.