WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 4 Februari 2023 - Kursus al-Qawiyy al-Amin selama 6 hari bermula 30 Januari hingga 4 Februari 2023 melibatkan penyertaan seramai 54 orang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Lantikan Baharu JAKIM dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi.

Majlis Perasmian Penutup Kursus al-Qawiyy al-Amin telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM. Hadir bersama Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Profesionlisme, Puan Zaizurina Mansor, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Kompetensi, Puan Adawiah Lias.

Dalam ucapan Pengarah Kanan ILIM, beliau berharap agar peserta dapat menonjolkan imej dan potensi yang ada dalam diri, yakin diri dan konsisten mengorak langkah secara optimis, berani mencuba sesuatu yang baru serta bekerjasama dalam satu pasukan. Ini kerana lantikan baru ini umpama kain putih yang mampu mencorak masa depan yang lebih gemilang.

Pelbagai pengisian dan aktviti telah disusun dan dikendalikan oleh fasilitator JAKIM dan ILIM dalam memastikan objektif kursus yang ditetapkan dapat dicapai. Para peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik di sepanjang program berlangsung.

Semoga setiap falsafah di sebalik aktiviti-aktiviti tersebut mampu diaplikasi dalam tugasan mereka di penempatan masing-masing ke arah mencapai matlamat murni JAKIM sebagai organisasi Islam dalam peringkat nasional dan antarabangsa.