KUNJUNG HORMAT DARI PENGURUSAN TABUNG HAJI KE INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
Bangi, 17 Januari - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina Zainal telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tabung Haji (TH) Cawangan Putrajaya dan Cawangan Bangi bertujuan merapatkan ukhuwah di samping bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.
Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Haji Khairul A’zihar Rapar ,Pengarah TH Wilayah Tengah - Selangor, Perak & Wilayah Persekutuan diiringi oleh Encik Sabri Salleh, Pengurus Cawangan TH Putrajaya, Tuan Haji Muhamad Hishamuddin Muhamad Sohaimi, Pengurus Cawangan TH Bangi dan Puan Hajah Ghina Khairani Halpi, Eksekutif Pentadbiran Haji & Pemasaran TH Bangi.
Hadir bersama Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Profesionlisme, Puan Zaizurina Mansor, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Kompetensi, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Khairani Hussin dan Encik Mohd Nazri Abdul Majid.
Kunjungan hormat ini juga memfokuskan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk meningkatkan pendeposit TH dengan pembukaan kaunter semasa program berlangsung di ILIM, penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR), penggunaan kemudahan ILIM bagi tujuan pembangunan modal insan.
Semoga pertemuan dua hala ini berupaya menambahbaik pembangunan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.