WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 5 Januari –  Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina Zainal, hari ini menerima kunjungan hormat dari Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ILIM Kampus Utama Bangi.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Dr. Wan Haslan Khairuddin, Pengarah Pusat Islam UKM, Dr. Abu Dardaa Mohamad , Timbalan Pengarah Pusat Islam serta pegawai-pegawai kanan dari Pusat Islam, UKM.

Hadir bersama Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Profesionlisme, Puan Zaizurina Mansor, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Kompetensi, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Khairani Hussin dan Encik Mohd Nazri Abdul Majid.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.