Bangi, 29 November - Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal telah menerima kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Kajang Selangor.
Kunjungan ini diketuai oleh Ustaz Anuar Hakim Mohd Salleh, Timbalan Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling ,Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan disertai oleh Ustaz Mohamad Nor Amran dan Puan Nur Amanina Izaty Che Long.
Turut hadir Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Kompetensi, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Khairani Hussin dan Encik Mohd Nazri Abdul Majid.
Semoga kunjung hormat ini meningkatkan lagi jalinan ukhuwah di samping bertukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan, pengurusan dan penyelidikan latihan bagi skim perkhidmatan hal ehwal Islam.