Bangi │ 3 November 2022 – Program Taaruf Day julung-julung kalinya diadakan oleh Institut Latihan Islam dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia JAKIM selama 3 hari bermula 1 November hingga 3 November 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi melibatkan seramai 78 orang pegawai hal ehwal Islam gred S41 lantikan baharu JAKIM. Dalam usaha untuk mencapai objektif program dan inspirasi organisasi ini tercapai, pelbagai pengisian telah disusun. Ini termasuklah menghadiri Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam dan juga sesi ceramah berkaitan peranan dan fungsi JAKIM, peraturan kewangan, dan urusan perkhidmatan awam. Maklumat ini penting sebagai senjata asas yang perlu diketahui dan difahami oleh lantikan baru ini untuk diimplementasikan dalam kerjaya mereka sebagai pegawai hal ehwal Islam.
Penglibatan bersama oleh pengarah-pengarah dan wakil bahagian di JAKIM juga dapat membantu memberi lebih penjelasan terhadap apa jua persoalan yang diutarakan oleh mereka dalam sesi taklimat berkaitan JAKIM yang telah dikongsikan oleh Ustaz Othman bin Zakaria, Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Program Taaruf Day ini melabuhkan tirainya sebaik sahaja selesai acara penutup yang disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM yang berlangsung di Bilik Seminar al Bayyinah, Kompleks Islam Putrajaya. Beliau dalam ucapannya menggesa agar pegawai-pegawai baru ini sentiasa berpegang dengan nilai murni dan menepati etika kerja JAKIM yang telah ditetapkan iaitu Bekerja Dengan Keimanan dan Ketakwaan, Bekerja Dengan Profesional, Bertindak Sebagai Satu Pasukan dan Bersedia Memimpin dan Dipimpin demi merealisasikan visi dan misi JAKIM ke arah memperkasakan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
Dalam acara ini juga, Timbalan Ketua Pengarah Operasi telah menyampaikan sijil penyertaan sebagai pengiktirafan kepada lantikan baru ini yang telah menghadiri program ini dengan jayanya. Di akhir program beliau turut berkesempatan bersama menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin.
Pembentangan tugasan sebagai salah satu pengisian program
Sesi taklimat dan soal jawab yang dikendalikan oleh Ustaz Zakaria bin Othman, Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM
Sesi taklimat tentang perkhidmatan oleh Puan Saliza binti Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia JAKIM
Perasmian Penutup oleh Tuan Haji Ruslan bin Said ,Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM
Acara penyampaian sijil kepada wakil lantikan baharu JAKIM Ustaz Agku Bolkhizan bin A Ahmad Thani
Sesi fotografi bersama tetamu jemputan yang hadir
Menikmati jamuan makan tengahari di Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin