WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi│ 19 Oktober - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Kompetensi Juruaudit Halal pada 18 dan 19 Oktober 2022 di Bilik Kuliah al-Khawarizmi, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 20 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM/JAIN/MAIN dan Pegawai Teknologi Makanan.

Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakInan pegawai dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan juruaudit halal. Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini disampaikan oleh Dr. Lokman Ab. Rahman, Encik Muhamad Hannan Syafiq Jamaludin, Puan Siti Noorhuda Musa, Puan Siti Ayisah Surif dan Puan Nur Aniqah Muhamad Amin. Slot- slot yang dibincangkan ialah MHMS (Malaysia Halal Management System), Etika Auditor Halal, MHMS (Malaysia Halal Management System), Tatacara Pengauditan Halal (Pra - Semasa - Selepas), Sistem MYeHalal (Dari Perspektif Pegawai Pemeriksa & Pengguna) dan Pemahaman Terhadap Keperluan ISO/IEC 17065. Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal.